I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 25, 2011

~suatu hari nanti~



Di malam yang dingin lagi sunyi
fikiran ku melayang di segenap sudut peristiwa
ku terfikir sejenak apa yang aku telah lakukan sepanjang hidup ini
adakah lukisan kehidupanku selama ini membawa aku pada keredhaan-NYA
ataupun hanya sekadar lukisan tanpa jiwa
aku sememangnya hanya manusia biasa yg tidak bisa lari dari kejahilan dan kealpaan
tapi aku yakin bahawa ruang-ruang nur iman sentiasa terbuka luas untuk yang bergelar hamba
sampai bila aku harus terus hanyut dengan arus pemodenan yang jauh dari rahmat-NYA
persoalan ini bertitik tolak dari diriku sendiri
titik-titik hitam yang dicipta perlu ku bersihkan
istiqamah dalam diri harus kuat untuk menepis bisikan-bisikan negatif
zaman silih berganti, tahun kian menambah dan hari semakin pantas pergerakannya
manusia harus sedar bahawa zaman, tahun dan hari semakin zalim meninggalkan kita
tetapi kita? mahu terus dizalimi dengan tidak berusaha menjadikan zaman, tahun dan hari sebagai sahabat kita
yang sentiasa berjalan seiring mengikut apa yang direcanakan
semuanya termaktub dalam perancangan MU ya Allah
pengalaman yang pernah ku lalui adalah sebaik-baik guru yang mengajarku erti kehidupan 
kerana aku dapat merasai bagaimana berlaku itu dan ini
yang pahit adalah penawar, yang manis adalah penyeri
jadikan segala kejahilan suatu titik mula melakukan transformasi suci
kehidupan ibarat kapal yang berada di sebuah lautan yang luas
dan aku sebagai kelasi yang menentukan arah tujuannya
tidak akan lari daripada lautan bergelora, ribut petir serta panas mentari
ku harus tabah untuk sampai ke destinasi yang hakiki
ku bermohon agar segala niat suciku dipermudahkan oleh-NYA
suatu hari nanti..............


nukilan
insan yg alpa





3 comments:

  1. wau..kate2 yg indah & syahdu...tp ni idea sendiri or copy paste??hehehe

    ReplyDelete
  2. alahai...org tnye die,die tnye org blk....apela...

    mmm tp tgk pd gaye,mim rase bkn idea mai sendiri la...kompom copy paste kn..?kn..?kn..?haha

    ReplyDelete